Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
HOT SPRING DAN RUMAH PANJANG KPG ANNAH RAIS/ HOMESTAY
Perjalanan selama 1 ½ jam melalui jalan darat di sepanjang Jalan Padawan akan membawa anda ke rumah panjang ini yang bersih dan indah. Ia dibina di kaki gunung berdekatan sempadan Indonesia. Rumah panjang ini mempunyai kira-kira 120 buah bilik. Sebatang anak sungai dengan airnya yang sejuk dan jernih berkilauan menambahkan lagi keindahan semulajadi yang sudah cukup diwarnai dengan kehidupan dan kegiatan penghuninya. Berjalan kaki selama beberapa minit dari Rumah Panjang Annah Rais akan membawa anda ke kawasan kolam air panas.
BIDAYUH LONGHOUSE/ HOMESTAY
Rumah Panjang Bunuk terletak di kilometer 50 Jalan Penrissen. Kira-kira 80 buah keluarga Bidayuh tinggal bersama dalam rumah panjang ini. Sebuah Pangah berbentuk bulat (rumah adat) merupakan satu tarikan dalam rumah panjang ini. Terdapat juga muzium mini persendirian yang mempamerkan beberapa koleksi barangan antik. Ia dibuka kapada orang ramai.
PUNCAK BORNEO HIGHLAND RESORT
Masa yang diperlukan untuk sampai ke Pusat Peranginan Puncak Borneo ialah sejam perjalanan (70 km) dari bandaraya Kuching. Ia berdiri 1000m atas paras laut dan ia menyimpan hutan hujan semulajadi yang berusia lebih 1.5 juta tahun, yang kedua tertua hutan hujan tropika di dunia.
Pelbagai aktiviti rekreasi boleh didapati di sini. Antaranya adalah seperti menggembara di hutan, melawat taman bunga dan berjalan-jalan di ladang organik serta tapak semaian hortikultur. Ia juga merupakan syurga bagi peminat sukan golf dengan padangnya yang direka dengan 18 lubang. 'The Clubhouse' menawarkan bilik, chalet dan perangu (suite) yang direka untuk memenuhi citarasa para pemain golf.
Untuk orang yang mementingkan kesihatan, terdapat juga Pusat Kesihatan yang dilengkapi dengan gimnasium dan juga suasana permandian yang mewah, bersama dengan mandi sungai di dalam bilik, sauna, spa, jacuzzis, kolam terapi panas dan sejuk ada ditawarkan di sini.
SEMENGGOH WILDLIFE REHABILITAION CENTRE
Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh terletak sejauh 1/2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kuching. Untuk melawat, permit hendaklah diperolehi dari Pejabat Tempahan Taman Negara (Kuching) Pusat Maklumat Pelancongan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching.
Pusat ini adalah sebahagian daripada tempat-tempat lain yang terdapat di dalam Hutan Simpanan Semenggoh seperti Pusat Bio Semenggoh, Pusat Botanikal, Tapak Semaian, Bank Benih, Pusat Herba Etnobatani serta Taman Paku-pakis dan Orkid. Semua ini terbuka kepada semua orang awam.
SARAWAK BIODIVERSITY CENTRE
Alamat: KM20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia
AIR TERJUN DAN SUNGAI
Keindahan sungai adan air terjun di kawasan sekitar kampung.
TAMAN PERIUK KERA DAN ORKID LIAR
Daya tarikan terbaru pelancong terletak di Kota Padawan (Pasar Bt. 10), kira-kira satu kilometer daripada pejabat utama MPP. Taman Periuk Kera dan Orkid Liar ini mempamerkan sebahagian daripada tumbuhan terlindung (Malaysia) dan beberapa daripada spesis tersebut berasal daripada negara jiran.
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
KIYAU Stay & Campsite - Kampung Sapit
Kiyau Stay dan Campsite merupakan sebuah inap desa tempatan yang menawarkan pengalaman berkhemah di salah sebuah kampung di dalam Puncak Borneo. Aktiviti berkhemah atau juga Glamping sudah semakin menjadi trend terkini dalam masyarakat kita sekarang. Kiyau Stay dan Campsite bukan sahaja menawarkan pengalaman berkhemah yang menarik tetapi juga memukau dengan pemandangan atas langit. Kampung Sapit yang turut dikenali dengan gelaran “Village above the cloud” mengambarkan pemandangan awan yang mempersona dan kelihatan seolah-olah kita memandang lautan awan yang berada dibawah tapak perkhemahan tersebut.
Turut disediakan adalah pakej makanan tempatan dan kemudahan lain yang sesuai untuk pengunjung yang ingin mencari aktiviti riadah yang menenangkan. Aktiviti ini juga sesuai untuk seisi keluarga atau jika anda mencari kawasan yang luas untuk melakukan aktiviti berkumpulan. KIYAU Stay dan Campsite menyediakan tapak perkhemahan dan bilik inap desa untuk pengunjungnya.
Anda boleh lawati facebook page mereka iaitu KIYAU Stay & Campsite - Kampung Sapit untuk tempahan tapak perkhemahan dan maklumat lanjut.
Kampung Sapit Padawan, Kuching - Sarawak https://maps.app.goo.gl/eKQjNQ8bttgJ7Pqe6
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Penot Borneo Homestay – Inap Desa
Penot Borneo Homestay merupakan sebuah inap desa yang terletak di dalam kawasan perhutanan Puncak Borneo, Kampung Git. Ia menawarkan suasana yang tenang dan “lives with nature” apabila pemandangan sekelilingnya dikelilingi oleh hutan, alam, flora dan fauna.
Kabin yang disediakan memiliki kemudahan tandas dan pantry sendiri. Tapak perkhemahan juga disediakan bagi yang ingin menikmati perkhemahan di dalam hutan. Selain itu, turut disediakan adalah kemudahan barbeque dan set karaoke.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati facebook page mereka sendiri.
Penot Borneo Homestay
https://www.facebook.com/profile.php?id=100086484570307
_____________________________________________________________________________________________________________________________________
Perrez Riverside – Berkelah dan Berkhemah
Perrez Riverside merupakan sebuah tarikan tempatan yang menawarkan fasiliti dan aktiviti beriadah seperti berkelah dan berkhemah di tepi sungai. Kawasan ini terletak di jalan Puncak Borneo. Aktiviti riadah seperti berkelah dan berkhemah sudah menjadi suatu aktiviti keluarga dan berkumpulan yang disukai oleh para pengunjung. Ia sudah menjadi satu aktiviti bagi masyarakat kita untuk meluangkan masa dengan aktiviti berenang di sungai, barbeque dan berkelah di tepi sungai.
Perrez Riverside menyediakan tapak untuk berkelah, berkhemah dan juga memanggang yang sesuai untuk digunakan sebagai aktiviti mereka. Turut disediakan adalah tandas, dan tempat makan untuk pengunjung yang datang. Aktiviti ini sesuai untuk seisi keluarga dan aktiviti berkumpulan yang lain. Tempat meletak kereta yang luas turut disediakan kepada para pengunjung.
Anda boleh lawati facebook page mereka iaitu Perrez Riverside untuk tempahan tapak perkhemahan dan maklumat lanjut.
Perrez Riverside
https://maps.app.goo.gl/rjYjTWa6tFH44BS79