Maklumat Setempat
DAERAH PADAWAN
Kota Padawan
Padawan telah diisytiharkan sebagai daerah kecil pada 11 Ogos 1983 (Pemberitahuan Warta Bahagian II No. 24 Jilid 308) dan ibu pejabatnya terletak di Teng Bukap. Keluasan Daerah Kecil Padawan ialah 526.19 km persegi dengan kebanyakkan kawasannya berbukit-bukau dan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Pada ketika itu, Daerah Kecil Padawan hanya mempunyai satu sistem jalanraya iaitu Jalan Padawan yang bermula dari Pasar Tapah hingga Kampung Abang. Sehubungan itu, perkhidmatan "Up River Agent" (URA) digunakan sehingga tahun 1986. Pejabat Daerah Kecil Padawan mula beroperasi pada 1 Januari 1988.
Pada tahun 1986, Daerah Kecil Padawan mempunyai 39 buah kampung dengan bilangan penduduk di sekitar seramai 12,000 orang dan majoritinya terdiri daripada etnik bidayuh (90%). Perkampungan ini terletak berhampiran dengan Jalan Padawan dan dua buah sungai utama iaitu sungai Semedang dan sungai Serin. Pekerjaan utama penduduk adalah petani yang menanam padi bukit/paya, buah-buahan, getah, lada, koko dan lain-lain.
Kini, Daerah Kecil Padawan boleh dihubungi melalui 2 buah jalan utama iaitu Jalan Padawan dan Jalan Puncak Borneo. Berdasarkan profil kampung tahun 2009, Daerah Kecil Padawan mempunyai 46 buah kampung iaitu sebanyak 3,118 pintu dan seramai 22,689 penduduk. Kawasan Padawan terletak dalam kawasan Pilihanraya Parlimen P.198 Mambong dan Kawasan Pilihanraya Negeri N.16 Bengoh dan N.17 Tarat.
Daerah Kecil Padawan terkenal dengan pusat-pusat tarikan perlancongan seperti Borneo Highlands Resort, Annah Rais Hot Spring, Annah Rais Homestay Program, kawasan pergunungan di kampung yang mempunyai lebih kurang 4 buah gua besar, bunga Rafflesia serta keindahan flora dan fauna. Selain itu, Daerah Kecil Padawan juga terkenal dengan Projek Empangan Air Bengoh.
PENGENALAN KAMPUNG BRA'ANG BAYUR, PADAWAN KUCHING
Sejarah Kampung Bra'ang Bayur, menurut sejarah nenek moyang kampung Bayur berasal dari Bung Sibagag iaitu satu kawasan diatas kaki bukit Sibakam. Dimana kesan sejarah seperti tanah wakaf, pokok buah-buahan, bekas tapak perkuburan (pendam), dan sebagainya masih wujud di sana hingga ke hari ini. Mereka tinggal disana demi menyelamatkan diri serta penduduk kampong daripada serangan musuh pada kurun 1700 (1700 A D). Pada zaman pemerintahan Raja Muda Hashim pada awal kurun ke 1800 apabila keadaan sudah aman, mereka berpindah dari Bung Sibagag dan mendirikan rumah kawasan tanah nangga Temong, kemudian diberi nama Kampung Bra'ang Temong. Oleh kerana penduduk semakin bertambah ramai dan tempat tidak begitu sesuai, mereka berpindah sekali lagi pada kurun ke 1900 ke tempat yang baru dan diberi nama Kampung Bra'ang Bayur hingga ke hari ini.(Sejarah disampaikan oleh Encik Jed Anak Debong)
Kampung ini terletak di kawasan pendalaman padawan. Jarak antara kampung ini dengan Bandaraya Kuching adalah kira-kira 43 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih untuk sampai ke Pusat Bandaraya Kuching. Kini bilangan penduduk kampung semakin bertambah kepada hampir 68 pintu rumah dan seramai 371 orang penduduk.
MAKLUMAT PEMIMPIN PARLIMEN MAMBONG
NAMA : YB DATUK DR JERIP ANAK SUSIL
POSISI DI DEWAN UNDANGAN NEGERI : MENTERI MUDA PENGANGKUTAN
DUN : N19
KAWASAN : MAMBONG
NEGERI : SARAWAK
NO. TELEFON : 082-443388/ 082-311188
NO. FAX : 082-447221
EMAIL : jeripsesul@gmail.com
ALAMAT FAX : Pejabat Menteri Muda
Pengangkutan Sarawak, Tingkat 6, Bangunan Baitul Makmur, 93050 Petra Jaya, Kuchin. Sarawak.
ADUN BENGOH (N16 BENGOH)
NAMA : YB TUAN WILLIE ANAK MONGIN
POSISI DI PARLIMEN : TIMBALAN MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI I
PARLIMEN : P198
KAWASAN : PUNCAK BORNEO
NEGERI : SARAWAK
NO. TELEFON : 03-8880 3388
NO. FAX : 03-8880 8248
EMAIL : willie@mpic.gov.my
ALAMAT FAX : Pejabat Timbalan Menteri I, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aras 12 No. 15, Persiaran Perdana, Presint 2, 62654 PUTRAJAYA.
PUSAT KHIDMAT : Pusat Khidmat Rakyat, Ahli Parlimen Puncak Borneo beralamat di No.8,Sinaruh Hill, Kpg Bratan, Batu 16, Jalan Puncak Borneo 93250 Kuching Sarawak.
KETUA KAUM KAMPUNG BRAANG BAYUR
Nama Encik Tora Anak Jongsen
Alamat : Kampung Braang Bayur, Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching Sarawak
No tel.: 013-8762687 / 016-8874049