Kelas Aktiviti STEM- Roket Belon

31 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Aktiviti STEM – Roket Belon pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 5 orang peserta. Kelas ini menerangkan Hukum Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.

Selain itu, kami dedahan modul KDB: Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali