Kelas Microsoft Word – Asas Menaip Pemula

7 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu Asas Menaip Pemula pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh seorang peserta. Peserta diberi tunjuk ajar tentang asas-asas menaip dan menerokai aturan serta fungsinya. Tugasan pula akan diberikan dan terus disemak dan diperbetulkan oleh tenaga pengajar.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali