Kelas Aktiviti Stem- Prinsip Bernoulli Aerofoil Kapal Terbang

18 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Aktiviti STEM – Prinsip Bernoulli Aerofoil Kapal Terbang pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 4 orang peserta. Kelas ini menerangkan Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kenaikan kelajuan sesuatu bendalir berlaku secara serentak dengan penurunan tekanan mahupun tenaga keupayaan tersebut. Prinsip Bernoulli diterangkan melalui tontonan video daripada youtube serta mengaplikasikan Prinsip Bernoulli melalui replika kapal terbang. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.

Selain itu, kami dedahan modul KDB: Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali