Kelas E-learning - Buah-buahan Tempatan
3 Oktober 2023 | Aktiviti TerkiniPada 2 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas E-learning Buah-buahan tempatan pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 6 orang peserta. Setiap peserta membawa buah-buahan dari rumah dan dikumpulkan di ruangan bilik latihan. Peserta diberi tugasan untuk mencari nama-nama saintifik buah-buah yang dibawa melalui carian google seperti rambutan, buah langsat, buah betik dan sebagainya.
Peserta sangat teruja dan diakhir kelas mereka bersama-sama menjamah buah-buahan tersebut. Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar peserta tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: