Kelas Softskill : Kemahiran Asas Masak Cucur Udang
6 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 5 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Softskill iaitu Kemahiran Asas Masak Cucur Udang Segera pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 3 orang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak cara masak yang asas agar dapat dipraktikan pada masa akan datang. Kami juga menerapan ciri-ciri keselamatan ketika masak. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.
Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: