Kelas E-Risalah Perniagaan

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas E-Risalah Perniagan pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari yang disertai oleh seorang peserta. Kelas ini mendedahkan peserta dengan cara menghasilkan e-risalah perniagaan yang menarik dan betul. Peserta mencari foto-foto yang menarik dan contoh risalah yang menarik sebagai rujukan daripada carian google. Editing yang mudah hanya mengunakan Microsoft Power Point.

Selain itu, kami berkongsikan tentang Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali