Program Advokasi Klik Dengan Bijak di SK St Patrick Semadang

27 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Bra’ang Bayur dan PEDi Bengoh telah mengadakan satu Program Advokasi Klik Dengan Bijak bersama 101 orang murid dan 6 orang guru di SK St Patrick Semadang.

Objektif program ini adalah membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet. Kami memberi penekanan kepada penyalahgunaan Internet seperti buli siber, perkongsian secara berlebihan, penyebaran maklumat palsu dan permainan dalam talian.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak PEDi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali