Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendali Makanan (Siri-3) & Semarakan Kemerdekaan Malaysia
21 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Program Keusahawan Kursus Latihan Pengendali Makanan dengan koloborasi bersama NZ Bunga Venture Training & Consultant pada pukul 8:30 pagi hingga 1:00 petang yang disertai oleh 11 orang peserta. Latihan Pengendali Makanan ini sangat penting kepada peniaga-peniaga atau usahawan yang menghasilkan makanan.Tambahan pula, Sijil yang dikeluarkan adalah sah dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya, peniaga tidak memiliki Sijil Pengendali Makanan yang sah, peniaga boleh sabitkan denda maksimum RM10,000 dan 2 tahun penjara.
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini dijalankan secara online dengan modul pembelajaran yang menarik serta dikendalikan oleh penceramah berpengalaman Pn. Nur Nadiah Binti Shahrom. Sebelum bermula kursus peserta dan penyelia PEDi Kg Bra’ang Bayur bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Jalur Gemilang sempena di bulan Kemerdekaan Malaysia.
Selain itu, peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar peserta sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: