Program Keusahawanan Kursus Latihan Pengendalian Makanan (Siri-2)

10 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Bra’ang Bayur dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Bengoh telah mengadakan Program Keusahawan Kursus Latihan Pengendali Makanan dengan koloborasi bersama NZ Bunga Venture Training & Consultant pada pukul 8:30 pagi hingga 1:00 petang yang disertai oleh 14 orang peserta. Latihan Pengendali Makanan ini sangat penting kepada peniaga-peniaga atau usahawan yang menghasilkan makanan.Tambahan pula, Sijil yang dikeluarkan adalah sah dan diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya, peniaga tidak memiliki Sijil Pengendali Makanan yang sah, peniaga boleh sabitkan denda maksimum RM10,000 dan 2 tahun penjara.

Kursus Latihan Pengendali Makanan ini dijalankan secara online dengan modul pembelajaran yang menarik serta dikendalikan oleh penceramah berpengalaman Pn. Nur Nadiah Binti Shahrom. Sebelum bermulanya kursus ini, pihak kami telah membuat saringan kesihatan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) kepada semua peserta.

Selain itu, peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar peserta sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali