Pendedahan Dan Pendaftaran Kepada Laman Web MySalam & Aplikasi MySejahtera
18 Oktober 2021 | Aktiviti TerkiniPada 17 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti kampung braang bayur untuk pendedahan dan pendaftaran tuntutan MySalam dan Applikasi MySejahtera yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang terutama untuk tuntutan covid 19. Seramai 6 orang telah berdaftar pada hari tersebut.
Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.
Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: