Pendedahan Dan Pendaftaran Kepada Laman Web MySalam

23 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2021, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Pusat Ekonomi Digital Keluarga Kampung Braang Bayur untuk pendedahan dan pendaftaran tuntutan MySalam yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang terutama untuk tuntutan covid 19. Seramai 10 orang telah berdaftar pada hari tersebut.

Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar peserta tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial.

Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali