Kelas Microsoft PowerPoint 2 (Video Presentation) & Asas ICT (Typing Junior) Bahagian 2

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint (Video Presentation) kepada 2 orang peserta yang bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 12;00 tengahari. Kami membimbing peserta menghasilkan video presentation dengan pemilihan animas. Lampiran video serta audio kesan khas yang sesuai. Kami turut menerangkan kepentingan kesan video dan audio dalam menarik minat penonton untuk kekal menonton video yang dihasilkan. Selain itu, di sebelah petang kami mengadakan kelas menaip bagi murid sekolah rendah yang disertai oleh 2 orang peserta. Kami memberi penekanan kepada peletakan setiap huruf-huruf pada papan kekunci. Peserta dilatih mengunakan applikasi permainan atas talian.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang risiko anak-anak ketika menggunakan internet. Kami kongsikan beberapa tip untuk melindungi anak-anak seperti mewujudkan persekitaran penggunaan komputer yang selamat (letakkan komputer di tempat terbuka) dan membimbing anak menelusuri alam siber sebagaimana di dunia nyata. Tambahan pula, kawalan laman web yang boleh dan tidak boleh dilayari oleh anak anda dengan mengunakan perisian ‘parental vontrol toold’ seperti yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan internet anda. Tingkatkan keselamatan dan privasi anak anda serta gunakan Anti-virus dan Anti-spyware untuk melindungi komputer di rumah.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali