Kelas Microsoft Excel
28 April 2021 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Excel pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh 5 orang peserta. Peserta diajar membuat formula kira-kira, menghasilkan graf melalui data yang telah disediakan. Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.
Selain itu, kami kongsikan antara etika melayari internet seperti berkhemah memberi pandangan dan jangan guris hati orang lain. Kedua amalkan adab iaitu elakkan bahasa kesat. Ketiga jaga keselamatan dan keamanan iaitu jangan sokong hasutan berunsur jahat dan seterusnya ialah bertanggungjawab jangan kongsikan cerita atau informasi yang tidak pasti. Pastikan kita amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: