Kelas Microsoft Word (Surat Rasmi –Makluman Kepada Guru Kelas)

5 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Februari 2020, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT dan Microsoft Word (Surat Rasmi Korporat) bersama seorang peserta yang bermula pada pukul 9:00 pagi. Peserta ingin membuat surat rasmi untuk ditujukan kepada guru kelas kerana ketidak hadiran beliau ke sekolah. Kami membimbing beliau menghasilkan surat rasmi berkenaan dengan format dan penggunaan ayat yang betul.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali