Bengkel ICT Bersama Penghulu/Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum, Topik 4 - Kumpulan 1

12 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Januari 2020, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas menaip Microsoft Office Word pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari manakala kelas yang sama sebelah petang pada pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang menaip khasnya menghasilkan kerja kursus mereka. Kami juga memberi penerangan cara untuk mencetak hasil tugasan mereka.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali