Kelas Microsoft Office Word [Resume]
10 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 09 Januari 2020, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Office Word [Resume] pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang menghasilkan resume mengunakan Microsoft office word. Kami turut berkongsi tip menghasilkan resume yang baik serta menarik perhatian majikan di luar sana.
Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat-pusat internet berdekatan. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: