Kelas Microsoft Word (Resume)
12 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2020, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Asas ICT dan Microsoft Word (RESUME) bersama 2 orang peserta. Kelas ini bermula pada pukul 2:00 petang dan tamat pada pukul 5:00 petang. Peserta mempelajari cara menghasilkan resume dengan betul. Kami menyarakan agar beliau menghasilkan resume mengunakan ‘table’ kerana hasilnya akan lebih kemas dan tersusun. Selepas siap resume dihasilkan kami mengajar beliau mencetak resume tersebut.
Selain itu, kami dedahkan Advokasi Check Your Label iaitu betapa pentingnya memiliki peralatan komunikasi berlabel MCMC. Hal ini kerana, peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: