Kelas Hardware Printer

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Oktober 2020 2020, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Hardware Printer pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh seorang peserta. Peserta mempelajari cara untuk install software ke dalam laptop dengan memuat turun melalui laman sesawang jenis jenama printer. Setelah tamat diinstall peserta diajar cara untuk mencetak dan cara untuk mengantikan dakwat kering printer.

Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Amalkan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Pengguna Internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali