Bengkel ICT Bersama Penghulu/Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum, Topik 4 - Kumpulan 2
25 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2020, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Bengkel ICT bersama penghulu, ketua masyarakat dan ketua kaum dibawah Pejabat Daerah Kecil Siburan di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan penulisan dokumen, penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat melalui penggunaan komputer. Di samping itu, perlaksanaan juga adalah untuk memperkasakan keupayaan pemimpin komuniti dalam kemahiran ICT selari dengan sistem informasi dan teknologi maklumat yang berkembang pesat masa kini.
Bengkel ini telah disertai oleh 8 orang ketua kaum/Penghulu/Kapitan (Kumpulan 1) dibawah Pejabat Daerah Kecil Siburan. Topik yang diketengahkan pada kali ini ialah penggunaan Microsoft Office PowerPoint dalam mengendalikan Mesyuarat. Kami membimbing peserta menghasilkan slide presentation untuk mesyuarat dengan pemilihan design slide, size perkataan dan peranan warna dalam menarik minat penonton. Peserta sangat teruja untuk memulakan penggunaan slide presentation untuk mesyuarat masa akan datang.
Selain itu, kami ketengahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu Phishing. Phishing adalah cubaan penipuan di dalam talian untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna atau mangsa seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit dan nombor akuan dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: