Kelas Atas Talian Pelajar IPTA/IPTS (E-Learning) & Microsoft Word: Surat Rasmi Korporat

20 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada pelajar IPTA/IPTS untuk mengadakan kelas atas talian yang bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan bersambung dari pukul 2:00 petang hingga pukul 4:00 petang yang disertai oleh seorang peserta.

Dalam masa yang sama kami mengadakan kelas Microsoft Word iaitu Surat Rasmi Korporat kepada 2 orang peserta pada pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengahari. Peserta mempelajari cara format menaip dengan betul seperti size perkataan, jenis perkataan, ruang dan sebagainya. Mereka juga diberi tugasan menghasilkan Surat Rasmi Korporat dengan mereka “header” seperti contoh yang diberi. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.

Selain itu, kami kongsikan antara etika melayari internet seperti berkhemah memberi pandangan dan jangan guris hati orang lain. Kedua amalkan adab iaitu elakkan bahasa kesat. Ketiga jaga keselamatan dan keamanan iaitu jangan sokong hasutan berunsur jahat dan seterusnya ialah bertanggungjawab jangan kongsikan cerita atau informasi yang tidak pasti. Pastikan kita amalkan etika dan adab sopan ketika berinteraksi kerana penggunaan laman sosial yang baik adalah tanggungjawab bersama!

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali