Program Skim Pembangunan Kapasiti (Train the Trainer - TTT) Advokasi 2018/2019 dan Mesyuarat PI Kluster Kuching Bil 1/2019- HARI 2
13 Januari 2019, Bengkel TTT Advokasi 2018/2019 dan Mesyuarat PI Kluster Kuching telah diadakan di Pusat Internet PPR Taman Dahlia. TTT ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang yang dihadiri oleh 11 peserta yang terdiri daripada penolong pengurus Pusat Internet, Kluster Kuching. Pada masa yang sama juga diadakan Mesyuarat PI Kluster Kuching sebagai ruang untuk mengemaskini dan memaklumkan status/aktiviti PI Kluster Kuching dan perbincangan aktiviti Klustering Kuching "Menarik Di Kuching" untuk tahun 2019.
Antara topik advokasi yang dikongsikan ialah pengurusan risiko dalam talian, membina kebingkasan, jenayah siber- ketahui hak dan tanggungjawab anda!, Perlindungan Kanak-kanak dalam Dunia Siber, Personal Data Protection dan Advisory- Sebenarnya.my. Kami berharap ilmu yang dikongsi memberi manfaat kepada setiap peserta
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: