Kelas Microsoft Word (Pakar Table) & KDB: Buli Siber

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2019, Pusat Internet Kg Braang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Word (Pakar Table) bersama seorang peserta yang bermula pada pukul 9:00 pagi. Peserta mempelajari cara mengunakan table iaitu jadual dengan betul. Antara yang dipelajari ilah cara menambah dan mengurangkan petak jadual, melaras petak, mengubah header dan shading serta penggunaan warna agar jadual dihasilkan lebih kreatif dan menarik.

Beliau juga diberi tugasan menghasilkan jadual kelas ICT seperti contoh yang diberi. Selain itu, kami dedahan modul KDB: Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada beliau. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali