Bengkel ICT Bersama Penghulu/Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum, Topik 1 - Kumpulan 2
24 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur bekerjasama dengan Pusat Internet Bengoh telah mengadakan Bengkel ICT bersama penghulu, ketua masyarakat dan ketua kaum dibawah Pejabat Daerah Kecil Siburan di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memantapkan lagi penguasaan penulisan dokumen, penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat melalui penggunaan komputer. Di samping itu, perlaksanaan juga adalah untuk memperkasakan keupayaan pemimpin komuniti dalam kemahiran ICT selari dengan sistem informasi dan teknologi maklumat yang berkembang pesat masa kini.
Bengkel ini telah disertai oleh 11 orang ketua kaum (Kumpulan 2) dibawah Pejabat Daerah Kecil Siburan. Topik yang diketengahkan pada kali ini ialah E-surat. Peserta masing-masing diajar membuka akaun email melalui google gmail serta pendedahan format menghantar email secara formal dan melampirkan gambar atau dokumen yang berkaitan. Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan.
Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Disamping itu, kami memberi taklimat berkenaan tentang penutupan siaran televisyen analog pada 30 September 2019 dan pengenalan kepada MyFreeview. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: