Kelas Basic Ict & Kdb: Keselamatan Kata Laluan
Pada 07 Oktober 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas asas ICT kepada 2 orang peserta. Peserta diberi pendedahan kepada penggunaan email dalam memohon pekerjaan. Topik yang diketengahkan pada kali ini ialah E-surat. Peserta masing-masing diajar membuka akaun email melalui google gmail serta pendedahan format menghantar email secara formal dan melampirkan gambar atau dokumen yang berkaitan.
Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: