Pameran Pusat Internet Di Moms, Baby & Kids Fair 3.0 Di Plaza Merdeka Kuching
Pada 28 April 2019, Pusat Internet Kg. Braang Bayur serta 8 Pusat Internet sekitar Kuching telah dijemput untuk mengadakan pameran pusat internet sempena dengan program Mom, Baby & Kids Fair 3.0 yang telah berlangsung di Plaza Merdeka Kuching, Sarawak yang bermula pada pukul 10:00 pagi. Program ini merupakan program keluarga yang percuma untuk menghubungkan ibu bapa dengan produk dan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang terdapat di sekitar Kuching Sarawak. Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan sepanjang 3 hari terutamanya untuk kanak-kanak dan ibu bapa.
Oleh itu, pusat internet membuat pelbagai aktiviti untuk menarik pengunjung datang antaranya Quiver, Digital Calouring, Klik Dengan Bijak (KDB) Game Interland, KDB Puzzle & Quiz, Kahoot Games, KDB Secure Password dan Scratch Programming. Aktiviti ini akan mendedahkan kepada peserta tingkah laku ketika melayari internet atau sedang dalam talian media sosial. Selain itu, kami dedahkan asas-asas ICT kepada pengunjung agar mereka lebih mengenali teknologi semasa serta menyediakan kotak e-sisa untuk kami kumpulkan dan dikitar semula. Kami juga war-warkan fungsi pusat internet kepada umum serta penduduk setempat.
Hampir 243 orang telah kunjungi ruangan pameran kami. Tepat jam 6.00 petang pameran kami tamat, kami berharap agar pameran yang telah berlangsung memberi banyak manfaat kepada semua pengunjung yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: