Hari Terbuka Pusat Internet Bengoh
Pada 10 Ogos 2019, Pusat Internet Kg Bra’ang Bayur telah dijemput untuk menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Bengoh. Tujuan Hari terbuka ini diadakan adalah untuk mempromosi pusat internet, menjalin hubungan antara penduduk setempat dan mendekatkan penduduk kampung dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pusat internet.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti ceramah dan tayangan video Advokasi KDB, pertandingan menyusun puzzle, mewarna digital, pertanding dart dan pertandingan menendang bola ke gawang gol. Hampir semua pertandingan mendapat sambutan kanak-kanak dan orang dewasa.
Seramai hampir 30 orang pengunjung hadir dalam hari terbuka pusat internet Bengoh. Acara dimeriahkan dengan cabutan tiket bertuah sumbangan penduduk kampung dan pusat internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: