Kelas Microsoft Office [Ms Word] & Klik Dengan Bijak [Online Grooming]
15 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2018, PI Braang Bayur mengadakan kelas Microsoft office [Ms Word] bertempat di bilik latihan Pusat Internet braang bayur. Aktiviti ini bermula pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan telah disertai oleh 4 orang peserta. Melalui kelas ini peserta diberi tunjuk ajar cara penggunaan Microsoft word di mana mereka diajar membuat jadual dan memasukkan gambar ke dalam jadual. Melalui kelas ini juga para peserta didedahkan kepada modul klik dengan bijak iaitu online grooming. Melalui Program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: