Kelas Usahawan Bakeri [Bun & Pastri]
Pada 28 April 2018, PI Braang Bayur bekerjasama dengan PI PPR Batu Gong mengadakan kelas Usahawan Bakeri di Pusat Internet PPR Batu Gong. Aktiviti ini bermula pukul 10.00 pagi sehingga 2.00 petang dan telah disertai oleh 13 orang peserta. Melalui bengkel ini para peserta diberi peluang dan latihan kepada usahawan bakeri dan bakal usahawan yang berminat dalam bidang roti dan pastry bagi meningkatkan lagi sumber pendapatan mereka sekali gus menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam proses pembuatan roti dan pastri. Melalui Program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: