Kelas Microsoft Office [Ms Excel] & Klik Dengan Bijak [Buli Siber]
Pada 21 April 2018, PI Braang Bayur mengadakan kelas Microsoft office [Ms Excel] bertempat di bilik latihan Pusat Internet braang bayur. Aktiviti ini bermula pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan telah disertai oleh 3 orang peserta. Melalui kelas ini para peserta didedahkan dengan Microsoft excel dimana mereka membuat jadual menggunakan Microsoft excel dan juga mereka diajar cara membuat pengiraan menggunakan microsoft excel. Melalui kelas ini juga para peserta didedahkan kepada modul klik dengan bijak melalui tayangan video mengenai buli siber. Melalui Program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: