Kelas Moviemaker, Kelas Microsoft Office [Excel] & Advokasi [Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital Di Masa Hadapan]
11 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2018, PI Braang Bayur telah mengadakan Kelas Moviemaker. Kelas ini disertai oleh seorang peserta yang bermula pukul 9:30 pagi hingga 11:30 pagi. Sebelum kelas bermula kami menerapkan modul KDB iaitu Hak dan tanggungjawab warga digital di masa hadapan sebagai pengguna media sosial serta peranan mereka. Kelas ini, mengajar peserta cara untuk menyunting video yang telah diambil sebelum ini dan menghasilkan video kemerdekaan mengikut kreativiti mereka sendiri.
Kami berharap agar penguasaan peserta dalam MovieMaker dapat melahirkan minat mereka menghasilkan video yang lebih kreatif di masa akan datang. Pada sebelah petang PI Braang Bayur telah mengadakan Kelas Microsoft Office Excel. bermula pukul 2:30 petang hingga 4:00 petang. Kelas ini, mengajar peserta mengunakan kekunci formula dalam excel seperti SUM, AVERAGE, MOD serta membuat kekunci sendiri dalam tugasan perbelanjaan bulan serta mengunakan graf dalam penyampaian tugasan. Kami berharap agar penguasaan peserta dalam Microsoft Excel memudahkan tugasanya di masa akan datang. Melalui kelas ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet serta manfaatnya kepada umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: