Kelas Keusahawanan [Mereka Bentuk Iklan], Kelas Microsoft Office [Ms Publisher] & Advokasi [Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital Masa Hadapan]
10 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 March 2018, PI Braang Bayur mengadakan kelas Keusahawanan iaitu membuat reka bentuk iklan dan kelas Microsoft office [Ms Publisher] bertempat di bilik latihan Pusat Internet braang bayur. Aktiviti ini bermula pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 petang dan telah disertai oleh 6 orang peserta. Melalui kelas ini para peserta didedahkan dengan Microsoft publisher dimana mereka diajar untuk membuat reka bentuk album gambar dan juga banner mengikut kreativiti masing - masing. Manakala semasa kelas keusahawanan para peserta di ajar membuat reka bentuk iklan untuk perniagaan.
Melalui kelas ini juga para peserta didedahkan kepada modul advokasi iaitu hak dan tanggungjawab warga digital masa hadapan. Melalui Program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet secara umum kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: