Kelas Microsoft Office [Excel]-Kelas Peribadi

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2018, PI Kg Braang Bayur telah mengadakan Kelas Peribadi Microsoft Office Excel yang bermula pukul 9:30 pagi hingga 11:30 pagi yang dihadiri seorang peserta. Kelas ini, mengajar peserta mengunakan kekunci formula dalam excel seperti SUM, AVERAGE, MOD serta membuat kekunci sendiri dalam tugasan perbelanjaan bulan serta mengunakan graf dalam penyampaian tugasan. Kami berharap agar penguasaan peserta dalam Microsoft Excel memudahkan tugasanya di masa akan datang. Melalui kelas ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet serta manfaatnya kepada umum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali