Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
HOT SPRING DAN RUMAH PANJANG KPG ANNAH RAIS/ HOMESTAY
Perjalanan selama 1 ½ jam melalui jalan darat di sepanjang Jalan Padawan akan membawa anda ke rumah panjang ini yang bersih dan indah. Ia dibina di kaki gunung berdekatan sempadan Indonesia. Rumah panjang ini mempunyai kira-kira 120 buah bilik. Sebatang anak sungai dengan airnya yang sejuk dan jernih berkilauan menambahkan lagi keindahan semulajadi yang sudah cukup diwarnai dengan kehidupan dan kegiatan penghuninya. Berjalan kaki selama beberapa minit dari Rumah Panjang Annah Rais akan membawa anda ke kawasan kolam air panas.
BIDAYUH LONGHOUSE/ HOMESTAY
Rumah Panjang Bunuk terletak di kilometer 50 Jalan Penrissen. Kira-kira 80 buah keluarga Bidayuh tinggal bersama dalam rumah panjang ini. Sebuah Pangah berbentuk bulat (rumah adat) merupakan satu tarikan dalam rumah panjang ini. Terdapat juga muzium mini persendirian yang mempamerkan beberapa koleksi barangan antik. Ia dibuka kapada orang ramai.
PUNCAK BORNEO HIGHLAND RESORT
Masa yang diperlukan untuk sampai ke Pusat Peranginan Puncak Borneo ialah sejam perjalanan (70 km) dari bandaraya Kuching. Ia berdiri 1000m atas paras laut dan ia menyimpan hutan hujan semulajadi yang berusia lebih 1.5 juta tahun, yang kedua tertua hutan hujan tropika di dunia.
Pelbagai aktiviti rekreasi boleh didapati di sini. Antaranya adalah seperti menggembara di hutan, melawat taman bunga dan berjalan-jalan di ladang organik serta tapak semaian hortikultur. Ia juga merupakan syurga bagi peminat sukan golf dengan padangnya yang direka dengan 18 lubang. 'The Clubhouse' menawarkan bilik, chalet dan perangu (suite) yang direka untuk memenuhi citarasa para pemain golf.
Untuk orang yang mementingkan kesihatan, terdapat juga Pusat Kesihatan yang dilengkapi dengan gimnasium dan juga suasana permandian yang mewah, bersama dengan mandi sungai di dalam bilik, sauna, spa, jacuzzis, kolam terapi panas dan sejuk ada ditawarkan di sini.
SEMENGGOH WILDLIFE REHABILITAION CENTRE
Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh terletak sejauh 1/2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kuching. Untuk melawat, permit hendaklah diperolehi dari Pejabat Tempahan Taman Negara (Kuching) Pusat Maklumat Pelancongan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching.
Pusat ini adalah sebahagian daripada tempat-tempat lain yang terdapat di dalam Hutan Simpanan Semenggoh seperti Pusat Bio Semenggoh, Pusat Botanikal, Tapak Semaian, Bank Benih, Pusat Herba Etnobatani serta Taman Paku-pakis dan Orkid. Semua ini terbuka kepada semua orang awam.
SARAWAK BIODIVERSITY CENTRE
Alamat: KM20, Jalan Puncak Borneo, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia
AIR TERJUN DAN SUNGAI
Keindahan sungai adan air terjun di kawasan sekitar kampung.
TAMAN PERIUK KERA DAN ORKID LIAR
Daya tarikan terbaru pelancong terletak di Kota Padawan (Pasar Bt. 10), kira-kira satu kilometer daripada pejabat utama MPP. Taman Periuk Kera dan Orkid Liar ini mempamerkan sebahagian daripada tumbuhan terlindung (Malaysia) dan beberapa daripada spesis tersebut berasal daripada negara jiran.