Program Cuti Sekolah – Pertandingan Mewarna Sempena Hari Raya dan Easter Day

7 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 6 April 2024, NADI Bengoh telah mengadakan aktiviti sempena dengan cuti sekolah iaitu Pertandingan mewarna sempena dengan sambutan Easter Day dan sambutan Hari Raya Adilfitri. Seramai 21 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 4 ke 12 tahun telah mengikuti program ini. Program ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Dua kategori telah disediakan untuk para peserta mengikut peringkat umur. Kategori 1 melibatkan kanak-kanak dari usia 4 ke 9 tahun yang akan mewarna poster Hari Raya. Manakala, kategori 2 adalah peserta dari kanak-kanak berusia 10 ke 12 tahun yang akan mewarna telur sempena dengan sambutan Easter day.

1) SENAM -AEROBIK
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti senam -aerobik yang menggunakan lagu “A ram sam sam” dan “Chicken dance”. Lagu ini sangat popular dalam kalangan kanak-kanak dan ia mempunyai rentak tarian yang mudah serta irama lagu yang lancak. Senaman tarian ini dilakukan sebagai satu cara untuk menggalakkan kanak-kanak bersenam dan menyegarkan mereka dalam cara yang menyeronokkan bersama rakan-rakan.

2) MEWARNA POSTER HARI RAYA
Aktiviti diteruskan pula dengan aktiviti mewarna poster Hari Raya yang bersaiz A4 yang disertai oleh peserta Kategori 1. Para peserta diberi kebebasan untuk menggunakan media warna pilihan mereka dalam menyerlahkan kreativiti dan kemahiran mewarna mereka. Mereka menunjukkan kesungguhan dan dedikasi untuk menyiapkan poster tersebut dalam masa 1 jam 30 minit yang diberikan.

3) MEWARNAKAN TELUR PLASTIK
Dalam masa yang sama, acara bagi Kategori 2 juga telah berlangsung. Para peserta menggunakan warna air sebagai media untuk mewarna lakaran animasi yang comel pada sebiji telur plastik. Tanpa halangan, kami menggalakkan kreativiti dari peserta muda untuk menyerlahkan bakat mewarna mereka.

Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Penggunaan sosial media yang menjadi kegunaan asas dalam kalangan masyarakat, terlebih berkongsi maklumat juga sering kali terjadi. Oleh itu, kami berkongsi keburukan dan padah akibat dari terlebih berkongsi maklumat sehingga membocorkan maklumat peribadi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali