Kelas Microsoft PowerPoint

20 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint kepada 4 orang peserta yang bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 12;00 tengahari. Ini merupakan kerjasama Pusat Ekonomi Digital Kg. Bra’ang Bayur dengan Pusat Sumber Kemas Kampung Pesang. Kami membimbing peserta menghasilkan slide presentation dengan pemilihan design slide, size perkataan dan peranan warna dalam menarik minat penonton. Pendedahan kepada animasi dan transisi di dalam setiap slide.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu check Your Label. Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC adalah salah di sisi undang-undang serta berbahaya kepada pengguna. Tambahan, peralatan tersebut mungkin palsu dan boleh menyebabkan gangguan frekuensi terhadap perkhidmatan komunikasi. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali