Pendedahan Dan Ujian Saringan Program Pencarian Murid Pintar Dan Berbakat

23 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada murid Sk Bengoh untuk mengunakan perkhidmatan komputer untuk Ujian Saringan Program Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilaksanakan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bermula pada pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang. Seramai 7 orang telah menjalani Ujian Saringan tersebut.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali