Kelas Aktiviti STEM - Kipas Angin Buatan

26 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Aktiviti STEM - Kipas Angin Buatan pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 6 orang peserta. Kipas angin buatan ini dihasilkan daripada barangan kitar semula iaitu botol plastic dan beberapa yang mudah diperoleh. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat-pusat internet berdekatan. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali