Pendedahan Dan Pemohonan Kenyalang Gold Card

25 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah membuka ruang kepada komuniti sekitar Kampung Braang Bayur untuk pendedahan dan Pemohonan Kenyalang Gold Card (KGC) yang bermula pada pukul 8:00 pagi hingga 01:00 tengah hari. Seramai 2 orang telah berkunjung untuk membuat urusan tersebut. KGC merupakan satu kad yang memberi tawaran potongan harga, pengecualian pembiayaan untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sektor awam, sektor swasta dan gerai komersial yang merupakan rakan stratergik KGC.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali