Program Advokasi Klik Dengan Bijak Di SK St Patrick Semadang

30 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 29 September 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Bra’ang Bayur dan PEDi Bengoh telah mengadakan satu Program Advokasi Klik Dengan Bijak bersama 65 orang murid dan 6 orang guru di SK St Patrick Semadang. Objektif program ini ialah membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet.

Kami memberi penekanan kepada penyalahgunaan Internet seperti buli siber, perkongsian secara berlebihan, penyebaran maklumat palsu dan permainan dalam talian. Selain itu, kami juga mengadakan aktiviti yang dinamakan sebagai Radio karat bagi pengertian berkaitan dengan penyebaran maklumat palsu. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada setiap peserta dan kami pihak PEDi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali