Kelas Softskill: Kemahiran Asas Masak Mee Segera

24 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Softskill iaitu Kemahiran Asas Masak Mee Segera pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 5 orang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak cara masak yang asas agar dapat dipraktikan pada masa akan datang. Kami juga menerapan ciri-ciri keselamatan ketika masak.

Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar peserta tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali