Kelas E-Learning: Melukis Batik Mengikut Contoh Dari Video Youtube

16 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu melukis batik mengikut cara dari video youtube pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 1 orang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak cara melukis batik yang asas mengikut cara dari video youtube untuk tugasan sekolah agar dapat dipraktikan pada masa akan datang.

Setiap peserta membawa bahan – bahan mereka sendiri untuk melukis batik. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar peserta tidak sebarang mendedahkan maklumat privasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali