Pendedahan Dan Permainan Pendidikan Secara Dalam Talian Untuk Subjek Matematik [E-Learning]

15 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mendedahkan permainan berkaitan dengan pendidikan iaitu permainan secara dalam talian melalui laman web pendidikan berkaitan dengan subjek matematik menggunakan komputer yang bermula pada pukul 2:00 petang hingga pukul 5:00 petang. Seramai 3 orang telah melibatkan diri dengan permainan tersebut. Dengan permainan dalam talian ini pelajar dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka dengan ilmu matematik.

Selain itu, janggal rasanya kalau kami tidak berkongsikan tentang kempen Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu berkaitan kata laluan. Kami kongsikan beberapa tip keselamatan kata laluan seperti guna kata laluan yang kukuh dan unik, kata laluan anda hendaklah mudah diingati tetapi sukar untuk orang lain meneka, tukar kata laluan secara kerap bagi memastikan akuan anda selamat dan banyak lagi. Kami berharap agar perkongsian dan informasi yang diberikan berguna kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali