Kelas Aktiviti STEM - Blok Binaan Lego

8 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Ogos 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Aktiviti STEM Blok Binaan Lego pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 6 orang peserta. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran di luar bilik darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal pelajar dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.

Peserta masing-masing menyiapkan bongkah blok binaan seperti dalam buku panduan. Tambahan pula, kami juga ketengahkah modul KDB iaitu privasi anda tanggungjawab anda agar peserta tidak sebarang mendedahkan maklumat pravasi beliau kepada umum terutamanya media sosial. Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali