Kelas Matematik: Menyelesaikan Soalan

28 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Isnin, 27 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas Matematik. Seramai 17 orang kanak-kanak tempatan telah menyertai kelas ini, di dalam lingkungan usia 8-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:30 petang.

Peserta diberi kertas soalan yang mempunyai empat bahagian, iaitu darab, tambah, tolak dan padankan. Setiap bahagian memerlukan para peserta untuk mengira dan mengingat sifar, sekaligus membahagi. Mereka juga digalakkan untuk berbincang dan saling bertanya soalan jika ada yang kurang faham. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk membantu para peserta muda kita mengisi waktu petang dengan aktiviti yang berfaedah, sekaligus membantu mereka mengulang kaji.

Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu Maklumat Palsu dan Semak Fakta dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka berhati-hati menggunakan platform sosial media. Hal ini kerana penyebaran maklumat palsu boleh mengundang kepada siber buli yang sering terjadi dalam kalangan pengguna sosial media.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali