Kelas E-Learning dan Menjawab Kuiz Bahasa Malaysia

22 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 25 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas E learning dan menjawab kuiz online kepada beberapa kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

1) E-learning & Kuiz Online
Dengan menggunakan laman wordwall.net, pelbagai kuiz dalam talian yang berunsur pendidikan dapat didapati. Melalui permainan “Kata Arah Tahun 2”, para peserta menjawab soalan pilihan objektif yang telah disediakan dengan gambar dan pilihan jawapan.

2) Menjawab Kuiz Bahasa Malaysia
Selesainya kelas E-learning, kami teruskan pula dengan kelas Bahasa Malaysia. Kali ini, mereka juga dikehendaki untuk menjawab soalan, tetapi dalam bentuk cetakan. Terdapat empat jenis bahagian yang merangkumi Pemahaman, suku kata, kata kerja dan mengenal pasti nama objek.
Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu siber buli dan buli dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka berhati-hati menggunakan platform ini dan berfikir sebelum posting.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali