Kelas Microsoft Excel

20 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Microsoft Excel pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh 2 orang peserta. Peserta diajar membuat formula kira-kira, menghasilkan graf melalui data yang telah disediakan. Setelah peserta diberikan tunjuk ajar, peserta diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam kelas. Tugasan pula akan disemak dan diperbetulkan dengan segera oleh tenaga pengajar.

Selain itu, kami dedahan modul KDB: Buli Siber. Kami kongsikan antara contoh-contoh perlakuan yang dikategorikan sebagai pembulian siber dan tip keselamatan elak menjadi mangsa buli siber.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali