Kelas Resume Softskill

20 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Resume Softskill pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari yang disertai oleh seorang peserta. Kelas ini mengajar peserta menghasilkan resume mengunakan applikasi Canva. Applikasi ini sangat membantu dalam menghasilkan CV dan resume terkini dan menarik dengan pelbagai template yang menarik.

Peserta diterapkan dengan Modul Klik dengan Bijak: penipuan kewangan yang kerap berlaku akhir-akhir ini agar beliau sentiasa berwaspada dengan tidak berkongsikan maklumat peribadi kepada umum serta jangan mudah percaya kepada skim-skim cepat kaya kerana tiada kejayaan tanpa usaha.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali