Kelas Asas Keusahawan

5 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan kelas Asas Usahawan pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh seorang peserta. Kami berkongsi tentang pemilihan perniagaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki. Tambahan pula, kami kongsikan cara pengiraan kos dan keuntungan agar perniagaan yang dijalankan dapat diteruskan. Walau bagaimanapun, tidak ketinggalan asas pemasaran yang sangat penting terutamanya dalam mengunakan medium media sosial.

Selain itu, kami ketengahkan modul Klik Dengan Bijak iaitu Phishing. Phishing adalah cubaan penipuan di dalam talian untuk mendapatkan maklumat peribadi pengguna atau mangsa seperti nama pengguna, kata laluan, butiran kad kredit dan nombor akuan dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali